Thursday, May 5, 2011

Kenapa Allah tak makbulkan doa Mirul??

Satu hari, muhammad berjalan dengan adiknya, amirul di pinggir kampung. Muhammad merupakan seorang abang yang banyak membimbing adiknya di dalam hal keagamaan..Hari ini merupakan hari cuti bagi Muhammad..     Tiba2 adiknya bertanya satu soalan kepada Muhammad,"Bang, kenapa mirul doa banyak kali kat Allah tapi Allah tak bagi pun??". Muhammad tersentak lalu bertanya,"Mirul doa ape??".."Mirul doa kita akan jadi kaya raya..macam kat dalam tv tu. Lepas tuh mirul boleh beli macam2.."jawab Amirul bersungguh-sungguh.. Keluarga mereka sebenarnya amat sederhana kerana kebanyakan sumber pendapatan hanya bergantung kepada Muhammad sahaja. Muhammad hanya seorang ustaz di kelas petang sebuah sekolah kampung..Oleh kerana halangan kewangan, Muhammad tidak menyambung pengajian di universiti. Muhammad sangat sayangkan ilmu terutama ilmu islam dan dia selalu berulang - alik belajar dengan seorang alim di hujung kampung..   "Sebenarnya mirul, Allah dah bagi kita kaya tau..kita sekeluarga selalu sihat, abang pulak belajar dengan ustaz Kamil, Allah dah kayakan abang dengan ilmu..Mirul pun tak pernah kurang makan kan.." Mirul pun mencebik sebagai tanda protes..Muhammad diam sebentar melihat adiknya masih belum menerima..   "Amirul kan pernah pergi jumpa doktor kan??" "Pernah!!"Jawab amirul pantas. Sudah kebiasaan budak seusia Amirul paling ghairah  menjawab soalan.."Doktor tak pernah bagi ubat yang manis kat Amirul, mesti dapat yang pahit kan??"   "Ye lah bang, kenapa ye??" Sebab doktor tahu apa ubat yang baik untuk Mirul, doktor tak bagi ikut apa yang Mirul nak..nanti payah sembuh.." Muhammad memulakan cerita, "Owh..." angguk Amirul tanda faham. Muhammad meneruskan analoginya,"Macam tu jugaklah Allah. Tuhan kita. kalau kita doa tu, semuanya diterima, macam doktor terima Mirul masa mak bawa jumpa doktor suh dia cek. Dan Tuhan akan cek doa kita sama ada doa kita ni sesuai tak untuk kita macam doktor memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Dia tak boleh bagi ubat yang kita minta sebab ianya tak sesuai dengan kita. Kalau ia sesuai baru dia bagi".   "Dengan kata lain, Tuhan kita, iaitu Allah, dia memberikan kita apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU, dan bila kita PERLU bukan bila kita MAHU..mungkin Mirul akan lupa kat Allah bila Mirul kaya nanti..Allah sangat sayang kat kita. Dia tak nak kita jauh dari Dia tau.." Jawab Muhammad santai..   "Betul la bang, mirul dah paham..Kita kena syukur kat Allah,, nanti mirul nak doa supaya Allah sayang kat keluarga kita lah.."Jawab Mirul penuh bersungguh..   Muhammad tersenyum sendirian..

No comments:

Post a Comment